Ringkasan Filem_Melati_Putih

  • Filem Melati Putih mengisahkan seorang gadis, Melati (Tantiana Hamzah) bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana tergoda dengan seorang doktor muda. Akibat hubungan dengan doktor itu, nama baiknya telah tercemar. Seorang pemuda cacat di kampung itu jatuh hati padanya tetapi cinta lelaki itu dipermainkannya. Setelah Melati dikecewakan oleh doktor itu, barulah dia sedar cinta suci si pemuda itu. Filem Melati Putih diarahkan M. Rajoli.