Ringkasan Filem_Oh_Fatimah

Rahmat & Fatimah sudahpun bercerai & membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang keras pada anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya.

Apabila Rahmat dan Fatimah mula berkenalan dengan ‘orang baru’ dalam hidup mereka, masing-masing berlaga dan menunjuk-nunjuk sesama sendiri untuk menentukan siapa yang lebih bahagia.

Rahmat kalah dalam perhubungan barunya kerana perbuatan dengki Fatimah. Fatimah pula berjaya dan akan berkahwin dengan kekasihnya Azman. Fatimah menjemput Rahmat ke majlis perkahwinannya di kampung. Setibanya di kampung, Rahmat cuba menghalang perkahwinan itu demi keselamatan anaknya Jita. Namun Fatimah berkeras hati dan masih mahu meneruskan perkahwinannya itu.

Rahmat menjadi kecewa lalu pergi meninggalkan majlis itu. Sebenarnya, perkahwinan olok-olok itu dirancang oleh Fatimah dan keluarganya untuk menguji kesetiaan hati Rahmat. Namun terbuka hati Fatimah untuk merujuk semula dengan Rahmat. Akhirnya mereka kembali semula sebagai suami isteri.