Penerbitan Filem_Sekali_Lagi

Sekali Lagi merupakan filem ke-48 terbitan Metrowealth Movies Production dan yang pertama arahan Hashim Rejab.[2] Filem ini buat julung kalinya menggandingkan pelakon popular, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.[2] Turut memantapkan filem ini menerusi kemunculan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang popular menerusi drama Adamaya dan Epilog Syurga Cinta.[2] Menurut Hashim, selain pembabitan pelakon popular, salah satu kelebihan yang akan ditonjolkan dalam filem yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 27 September ini adalah dari sudut sinematografi. Beliau berkata:

"Apabila menerima tanggungjawab sebagai pengarah filem, saya rasa gementar, takut dan risau. Tetapi saya telah melakukan persediaan dari segi rujukan bagi menampilkan cerita cinta dari sudut yang berbeza kerana ia menceritakan kisah cinta antara seorang yang percaya dirinya pengidap autisme dan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal. Skrip cetusan panel MIG itu saya olah semula bagi sesuaikan dengan karakter setiap pelakon. Saya yakin dengan kebolehan Mohd Noor Kassim sebagai pengarah fotografi filem Sekali Lagiā€¦, kerana dia pernah menjadi pengarah fotografi filem Magika, Cinta dan Sepi,"[2]

Secara umumnya, Hashim akui filem melibatkan pesakit autisme dan lelaki cacat pernah ditonton menerusi beberapa filem Melayu dan luar negara seperti Melati Putih, Forrest Gump dan My Name Is Khan.[2]