Sejarah Filem_Terbaik_(FFM)

Pada FFM 1 tiada anugerah Filem Terbaik. Sebaliknya para juri menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai filem terbaik pada masa itu dan pemenangnya ialah filem Tiada Esok Bagimu. Selain itu, kategori Filem Terbaik tidak memberi pencalonan yang banyak kerana pada masa itu filem dipertandingkan kurang dari segi kuantiti. Pada FFM 2 anugerah ini dadakan dan tidak menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai kategori utama pada acara ini dan memberi peluang semua jenis filem pelbagai genre bertanding untuk kategori tersebut. Filem Dia Ibuku araham Sarimah Ibrahim diangkat sebagai filem terbaik dengan mencipta sejarah sebagai filem paling banyak menggondol anugerah pada acara tersebut iaitu sebanyak 9 anugerah dimenangi. Rekod ini masih dipegang sehingga sekarang dan belum lagi dipecahkan oleh mana-mana filem setakat ini. Pada masa itu, pencalonan untuk Filem Terbaik masih kurang pada masa itu sehingga 1984. Untuk meningkatkan lagi pencalonan filem dan bagi mengatasi masalah kekurangan bajet, penganjuran acara ini dilakukan secara dwitahunan tetapi gagal menambah lagi pencalonan untuk kategori Filem Terbaik. Pada FFM 7, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada tiga pencalonan. Filem bergenre seram/seram ngeri (Rahsia) memenangi Filem Terbaik pada acara kali ini. FFM 8 satu tindakan drastik telah dibuat pada acara kali ini apabila kategori Filem Terbaik tidak diberikan. Alasannya kerana filem yang bertanding pada waktu iti tidak layak memenangi anugerah Filem Terbaik pada waktu itu. Hal ini juga berlaku pada FFM 10 apabila filem yang memenangi banyak anugerah pada waktu itu (Bintang Malam) tidak dianggakt sebagai Filem Terbaik pada acara tersebut.

Pada FFM 11, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada lima buah filem yang dicalonkan. Pemenangnya ialah filem kontroversi iaitu Perempuan, Isteri dan.... Pada FFM 12, FFM 13, dan FFM 14 penganjur masih mengurangkan pencalonan filem untuk kategori Filem Terbaik. Tetapi perkara itu berubah apabila tahun 2001 hingga kini apabila bilangan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik bertambah dan menghadkan sebanyak sebanyak lima buah filem.

Rekod

  • Bukit Kepong merupakan filem genre sejarah pertama memenangi kategori ini
  • Ranjau Sepanjang Jalan merupakan filem adaptasi novel pertama memenangi kategori ini
  • Rahsia menjadi filem genre seram ngeri pertama memenangi kategori ini
  • Kala Malam Bulan Mengambang menjadi filem hitam putih pertama memenangi kategori ini
  • Magika menjadi filem genre fantasi pertama memenangi kategori ini
  • Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem genre mitos pertama memenangi kategori ini
  • KRU Studios menjadi syarikat filem pertama memenangi kategori ini untuk dua kali berturut-turut
  • Tayangan Unggul mencipta sejarah gemilang pada FFM 22 dengan 3 filem terbitannya tercalon untuk kategori ini dan memenangi satu daripadanya