Filem_noir

Filem noir pada umumnya merujuk kepada genre filem misteri dan drama jenayah yang diterbitkan awal tahun 1940-an hingga akhir tahun 1950-an. Filem genre ini biasanya berlatarkan hitam putih dan mengetengahkan kisah mengenai wanita penggoda (yang bakal membawa nasib malang kepada watak lelaki yang terlibat dengannya), hero atau anti-hero malang dan detektif yang kuat dan sinis.Istilah filem noir berasal dari perkataan bahasa Perancis yang bermaksud "filem gelap" (secara kesusasteraannya) dan "filem kelam" (maksud yang lebih tepat). Ia mula digunakan dalam filem-filem Hollywood oleh pengkritik warga Perancis, Nino Frank pada tahun 1946, di mana ia masih lagi tidak dikenali dalam kalangan ahli industri filem profesional Amerika pada era yang sama. Para sejarawan pawagam dan pengkritik mendefinisikan kategori tersebut secara retrospektif. Sebelum idea genre ini digunakan secara meluas pada tahun 1970-an, banyak filem-filem klasik noir telah dirujuk sebagai filem melodrama. Kelayakan filem noir untuk dikategorikan sebagai satu genre filem yang berbeza masih diperdebatkan oleh para sarjana pada hari ini.Filem noir terdiri daripada plot yang pelbagai: watak protagonisnya mungkin merupakan seorang detektif persendirian (filem The Big Sleep), pegawai polis berpakaian biasa (filem The Big Heat), peninju yang berusia (filem The Set-Up), penipu yang malang (filem Night and the City), warganegara yang taat kepada undang-undang yang terjebak dalam kehidupan jenayah (filem Gun Crazy) atau seorang mangsa di dalam satu peristiwa (filem D.O.A). Walaupun filem noir pada asalnya dikaitkan dengan terbitan Amerika, filem-filem seperti ini telah pun dibuat di seluruh dunia. Kebanyakan filem yang dikeluarkan selepas tahun 1960-an mempunyai persamaan dengan filem noir klasik dan dikenali sebagai filem neo-noir oleh sesetengah pihak.

Rujukan

WikiPedia: Filem_noir http://alainsilver.110mb.com/noir/noirint.htm http://alainsilver.110mb.com/noirkmd/noirkmd1.htm http://www.crimeculture.com/Contents/Articles-Summ... http://articles.latimes.com/2008/jan/27/entertainm... http://movies.nytimes.com/2004/09/17/movies/17GHOS... http://movies.nytimes.com/movie/review?_r=1&res=9C... http://movies.nytimes.com/movie/review?_r=2&res=98... http://movies.nytimes.com/movie/review?res=9B05E3D... http://www.variety.com/review/VE1117792354.html?ca... http://www.variety.com/review/VE1117795252.html?ca...