Filemografi_Akshay_Kumar
Filemografi_Akshay_Kumar

Filemografi_Akshay_Kumar

Akshay Kumar ialah seorang pelakon dan penerbit filem India yang memulakan kerjay lakonan menerusi peranan kecil dalam filem India 1987 arahan Mahesh Bhatt Aaj.[1][2] Beliau muncul sebagai pelakon utama dalam filem Saugandh (1991) sebelum meraih kejayaan menerusi filem cerita thriler saspens Khiladi (1992), filem pertama dari siri filem Khiladi.[3][4] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam filem yang diterbitkan oleh Pramod Chakravorty Deedar. Pada tahun 1994, Kumar menerima pencalonan pertamanya untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi persembahannya dalam filem romantik yang diterbitkan oleh Yash Chopra Yeh Dillagi dan membintangi filem Mohra.[5] Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem Sabse Bada Khiladi. Kumar menjayakan peranan pembantu dalam filem romantik arahan Chopra Dil To Pagal Hai (1997), dibmana beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[5] Namun, beberapa keluaran lainnya pada 1990an, termasuk Lahu Ke Do Rang, Insaaf, Daava, Tarazu, Angaaray, Barood dan Zulmi gagal di pecah panggung yang menyebabkan kemerosotan dalam kerjaya filemnya.[6][7][8][9][10]Penampilan Kumar dalam filem drama jenayah arahan Suneel Darshan Jaanwar (1999) meraih sambutan kritis dan menandakan kembalinya beliau ke layar lebar.[6][11] Pada tahun 2000, beliau membintangi filem komedi karya Priyadarshan Hera Pheri dan filem drama romantik Dharmesh Darshan Dhadkan. Pada tahun berikutnya, Kumar menjayakan peranan negatif dalam filem Ajnabee, yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Negatif.[2][12] Pada tahun 2004, beliau membintangi filem thriler romantik Abbas-Mustan Aitraaz dan filem komedi romantik David Dhawan Mujhse Shaadi Karogi. Persembahannya dalam Mujhse Shaadi Karogi melayakkan beliau menerima pencalonan ketiganya untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare serta pencalonan untuk peranan komik terbaik.[13] Pada tahun tersebut, beliau mengacarakan rancangan televisyen Seven Deadly Arts with Akshay Kumar[14] dan menerima pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk peranannya dalam filem aksi thriler Khakee. Peranannya dalam filem komedi Garam Masala melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Komik pada 2006.[2][12] Pada tahun 2007, Kumar membintangi empat filem yang berjaya secara komersial berturut-turut; komedi romantik Welcome, thriler psikologi Bhool Bhulaiyaa dan komedi Heyy Babyy dan Namastey London.[15]Kumar menerima pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi persembahannya dalam filem drama komedi Singh Is Kinng (2008). Pada tahun yang sama, beliau menubuhkan syarikat penerbitan Hari Om Entertainment,[16] dan mengacarakan musim pertama rancangan realiti peramainan Fear Factor: Khatron Ke Khiladi. Pada tahun berikutnya, Kumar menerima Padma Shri, anugerah awam tertinggi keempat di India, atas jasanya dalam industri filem India.[17][18] Kumar mengacarakan musim pertama MasterChef India pada 2010. Pada tahun berikutnya, beliau menubuhkan syarikat penerbitan lain, Grazing Goat Pictures,[19] dan menerbitkan filem berdasarkan permainan hoki India-Kanada Breakaway, yang menjadi filem berkeuntungan tertinggi di pecah panggung Kanada.[20] Pada tahun yang sama, Kumar muncul dalam Housefull 2 dan Rowdy Rathore. Dua filem tersebut meraih keuntungan lebih dari ₹100 crore (AS$15 juta) di pecah panggung.[21] Beliau menerima pencalonan Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filmfare bagi peranannya sebagai Dewa Krishna dalam filem komedi drama satira Umesh Shukla OMG – Oh My God! (2012).[22] Beliau kemudian membintangi filem Special 26 (2013) dan Holiday: A Soldier Is Never Off Duty (2014), yang menjadi filem ketiganya yang meraih keuntungan lebih dari ₹100 crore (AS$15 juta) di pecah panggung,[23] beliau kemudiannya mengacarakan rancangan realiti Dare 2 Dance. Kumar menyusulinya dengan menjayakan watak ejen keamanan India dalam filem pengintipan Baby.[24] Pada tahun 2016, Kumar meraih sambutan kritis bagi persembahannya dalam Airlift dan Rustom; beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Rustom.

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Akshay_Kumar http://www.asianfilmawards.asia/nominees-and-winne... http://www.swissfilms.ch/en/film_search/filmdetail... http://www.bollywoodhungama.com/celebrities/featur... http://www.bollywoodhungama.com/celebrities/featur... http://www.bollywoodhungama.com/celebritymicro/fil... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id...