Filemografi_Salman_Khan
Filemografi_Salman_Khan

Filemografi_Salman_Khan

Salman Khan ialah seorang pelakon lelaki India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Khan memulakan kerjaya lakonan pada 1988 dengan menjayakan peranan pembantu dalam drama keluarga Biwi Ho To Aisi, kemudian beliau menjayakan peranan paling berjaya dalam filem romantik Sooraj Barjatya Maine Pyar Kiya (1989), di mana beliau menerima pencalonan untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Filmfare.[1] Sepanjang 1990-an, Khan membintangi sebuah filem drama aksi berjudul Baaghi: A Rebel for Love (1990), filem aksi Patthar Ke Phool (1991), dan filem percintaan Saajan (1991), yang semuanya berjaya dari segi kewangan.[2][3][4] Namun, keluaran filem-filem Khan yang lain, termasuk Suryavanshi (1992), Jaagruti (1992), dan Dil Tera Aashiq (1993), gagal secara komersial, mengakibatkan kemerosotan singkat terhadap kerjayanya.[4][5]Pada tahun 1994, Khan berlakon dalam drama keluarga arahan Barjatya Hum Aapke Hain Koun..!, yang menjadi filem Bollywood berkeuntungan tertinggi pada masa itu; kejayaan filem ini membangunkan kerjayanya di Bollywood.[6][7] Pada tahun itu juga, beliau muncul bersama Aamir Khan dalam komedi Andaz Apna Apna, meskipun menjadi kegagalan pecah panggung, filem ini menerima status kultus di India.[8] Khan kemudian berlakon bersama Shah Rukh Khan dalam filem melodrama Rakesh Roshan Karan Arjun (1995), yang kemudian menjadi filem Hindi terlaris kedua pada tahun itu.[9] Pada tahun 1998, Khan muncul dalam film Pyaar Kiya To Darna Kya arahan Sohail Khan, dan muncul dalam drama romantis Kuch Kuch Hota Hai, kedua-dua filem ini menjadi filem Bollywood berkeuntungan tertinggi pada 1998.[10] Beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kuch Kuch Hota Hai. Pada tahun 1999, beliau membintangi tiga filem yang berjaya secara komersial: filem komedi Biwi No.1, percintaan Hum Dil De Chuke Sanam, dan drama keluarga Hum Saath-Saath Hain.[11]Pada tahun 2003, Khan mendapat pujian menerusi wataknya sebagai seorang kekasih yang dicemuh dalam filem romantis Tere Naam, dan menjayakan penampilan singkat dalam drama keluarga Baghban.[12][13] Beliau kemudian menjayakan peranan utama dalam filem komedi terlaris Mujhse Shaadi Karogi (2004), No Entry (2005) dan Partner (2007).[14] Khan membuat penampilan sulung televisyennya dengan menjadi pengacara rancangan permainan 10 Ka Dum (2008–09). Selepas beberapa filemnya yang mencapai kegagalan komersial dari 2006-08, beliau membintangi filem aksi thriler Wanted (2009), yang menjadi kejayaan pecah panggung.[4][15][16] Kejayaan komersial Khan yang lebih besar hadir menerusi filem Dabangg (2010), dan Khan muncul sebagai pengacara rancangan televisyen Bigg Boss.Pada tahun 2011, Khan menerbitkan filem kanak-kanak bertajuk Chillar Party di bawah syarikat milik Khan, Being Human Productions, menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Kanak-Kanak Terbaik.[17] Pada tahun itu juga, beliau membintangi dua filem berkeuntungan tertinggi—filem komedi aksi Ready dan drama aksi Bodyguard. Khan menjadi pelakon India pertama yang membintangi sembilan filem yang berkeuntungan lebih dari ₹1 bilion di pecah panggung.[lower-alpha 1] Termasuk peranannya dalam filem Bajrangi Bhaijaan, di mana Khan menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik kesembilannya.[20] Sebagai penerbit filem, Khan menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Hiburan yang Ditampilkan pada Filem Popular Terbaik. Diikuti dengan Sultan (2016), sebuah drama sukan tentang kehidupan juara gusti. Khan kembali menjayakan wataknya dalam filem Ek Tha Tiger dalam kesinambungannya, Tiger Zinda Hai pada 2017, yang menjadi salah satu filem terlaris pada tahun itu.[21]

Filemografi_Salman_Khan

Siri televisyen 18
Muzik video Lebih dari 1200
Filem 109

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Salman_Khan http://www.bollywoodhungama.com/celebrities/awards... http://www.bollywoodhungama.com/celebrity/salman-k... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id...