Perkembangan Fiqah

Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqah kepada 6 zaman iaitu sebagai berikut:

  1. Zaman Risalah - bermula sejak diutusnya Nabi Muhammad sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda (11H/632M)
  2. Zaman Khulafa al-Rasyidin - bermula sejak wafatnya Muhammad sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41H/661M)
  3. Zaman Awal Pertumbuhan - Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga ke awal abad ke-2 H.
  4. Zaman Keemasan - bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H.
  5. Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih - dalam mazhab fiqah bermula dari pertengahan abad ke-4 sehngga pertengahan abad ke-7 H.
  6. Zaman Kemunduran - bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban l293.)