Firman_Bansir
Firman_Bansir

Firman_Bansir

Mohd Firman bin Bansir atau lebih dikenali sebagai Firman Bansir merupakan seorang penyanyi yang lahir dari program hiburan realiti tanah air iaitu Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Beliau dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut. Firman gemar bereksperimental dengan genre muzik rock. Dalam masa yang sama, beliau masih mampu menyanyikan lagu-lagu berentak lain seperti pop dan balada. Graduan jurusan diploma kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu ini pernah bekerja pelayan di kafe Starbucks serta menyanyi secara basking di jalanan sebelum menyertai program realiti Akademi Fantasia. [1]Lagu Di Pintumu hasil karya komposer hebat M Nasir berjaya melonjakkan namanya di persada seni hiburan Malaysia. Lagu ini turut berjaya bertapak di carta-carta radio popular tempatan. Bagi mengukuhkan kerjayanya dalam bidang seni, Firman turut mengembangkan kariernya dengan mencipta lagu hasil nukilannya sendiri.

Firman_Bansir

Pekerjaan Penyanyi
Berasal dari Tawau, Sabah , Malaysia
Nama lahir Mohd Firman bin Bansir
Kelahiran (1989-07-15) 15 Julai 1989 (umur 31)
Genre Rock,Pop, Balada
Tahun aktif 2014 – sekarang