Rakaman First_Impressions_of_Earth

Album ini telah dirakamkan dalam tempoh hanya 10 bulan. The Strokes pada mulanya telah menetapkan untuk bekerjasama dengan Gordon Raphael, penerbit muzik bagi dua album pertama mereka. Kemudiannya, gitaris Albert Hammond, Jr. memperkenalkan mereka kepada pemenang Grammy Award iaitu penerbit David Kahne (Paul McCartney, Tony Bennett, Sublime), yang bergabung dan berganding bahu bersama Raphael. Walau bagaimanapun, kolaborasi ini tidak berhasil maka Raphael mengambil keputusan untuk mengundur diri. Hasilnya, majoriti lagu dalam album ini diterbitkan oleh Kahne.