Kerjaya Fizie_Roslan

Fizie memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Manis FM yang ketika itu beroperasi di Kelantan.[2] Beliau pernah bekerja sebagai juruhebah di pasar raya di Kelantan selama tiga bulan selepas tamat Tingkatan 5.[1] Bagaimanapun, beliau meninggalkan Manis FM dan menubuhkan stesen radio internet, Gempak FM.[3]

Pada tahun 2011, beliau menyertai Hot FM Kelantan yang mana beliau telah bertugas sebagai penyampai sehingga 2013.[3] Beliau kemudian diserap ke Hot FM pada Februari 2014 yang mana beliau mengendalikan rancangan radio AM Krew bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen itu.[4][5]