Kerjaya Fizo_Omar

Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, dia terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat Fizo apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005. Fizo bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya (yeke ni???)

Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak kerana dia secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan dia yang telah menghantar gambarnya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.

Juga dalam masa yang sama, Fizo telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.

Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya [3] .

Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut [4] .

Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan. Perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid [5] ..

Rujukan

WikiPedia: Fizo_Omar http://beliabangkit.blogspot.com/2012/05/info-biod... http://mohdyunus89.blogspot.com/2011/11/fizo-omar-... http://www.imdb.com/name/nm4460136/ http://www.liriklagumuzika.com/2010/03/biodata-pro... http://www.melvister.com/2013/11/gambar-kahwin-fiz... http://www.nizarazu.com/sekitar-gambar-perkahwinan... http://ohartis.com/2013/10/fizo-omar-lamar-kekasih... http://www.kosmo.com.my/hiburan/perceraian-bukan-p... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.kosmo.com.my/terkini/fizo-mawar-sah-ber...