Sejarah Fokker_50

Pada tahun 1980, penjualan Fokker F27 mula menunjukkan penurunan. Maka pengurusan Fokker membuat keputusan untuk mengeluarkan model baru dengan mengemaskini teknologi-teknologi lapuk yang digunakan oleh F-27 dan F-28.

F50 yang direka mengikut permintaan pasaran adalah berdasrakan struktur rangka F-27-500. Perubahan luaran yang dapat dikenalpasti ialah bilangan tingkap F50 lebih banyak dan lebih kecil dan F50 mempunyai 2 tayar di gear hadapannya.

Antara perubahan sistem aviasi ialah pertukaran jenis enjin dan sistem penerbangan ditukar kepada sistem elektronik. Model ini mampu menerbangkan seramai 50 penumpang dan berjulat 2000 km dengan kelajuan 530 km/h.

F50 mendapat sijil kelulusan daripada penguatkuasa aviasi Belanda pada tahun 1987, iaitu selepas 4 tahun kaji semula rekaan dan ujian penerbangan dibuat. Pada tahun 1996, pengeluaran F50 diberhentikan akan tetapi sehingga tahun 2005, perkhidmatan F50 masih belum ditamatkan.