Forest_City
Forest_City

Forest_City

Forest City atau Hutan Bandar Johor merupakan pembangunan hartanah serba mewah dan elit yang terletak di mukim Gelang Patah, Johor, Malaysia seluas 1,370 hektar. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Forest City dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang tahun 2035.Forest City di Johor dengan kerjasama Esplanade Danga 88, sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), melalui usaha sama, Country Garden Holding Ltd (CGPV), dengan CGPV memegang 60 peratus kepentingan sementara itu KPRJ memegang pegangan 40 peratus saham bersama.[1] Forest City terletak dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.