Francis_Bacon
Francis_Bacon

Francis_Bacon

Francis Bacon, 1st Viscount St. Alban,[1] PC KCPC KC (/ˈbkən/;[2] 22 Januari 1561 – 9 April 1626) ialah seorang filsuf, negarawan, ilmuwan, juri, pemidato dan penulis dari England. Beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara dan Tuan Canselor England. Beliau masih begitu berpengaruh meskipun selepas kematiannya terutama sebagai pendokong falsafah dan pengamal kaedah saintifik sewaktu revolusi ilmu pengetahuan.Bacon telah dipanggil bapa empirisisme.[3] Karya-karyanya menghujahkan kemungkinan saintifik pengetahuan berdasarkan pemikiran induktif semata-mata dan pemerhatian teliti kejadian alam. Yang paling penting, beliau memperdebatkan bahawa pemikiran ini dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang skeptikal dan teratur dengannya saintis berazam mengelakkan daripada mengelirukan diri mereka sendiri. Walaupun pengaruh yang dibawa idea praktikal kaedah berikut - kaedah Bacon - tidak bertahan lama, fahaman umum mengenai kepentingan dan kemungkinan metodologi skeptikal ini menjadikan Bacon bapa kaedah saintifik. Perkara ini menandakan jalan baru dalam rangka retorik dan teorikal untuk tujuan sains, di mana butiran amalinya masih penting dalam perdebatan tentang sains dan metodologi pada hari ini.Bacon umumnya tidak diendahkan sewaktu pemerintahan Ratu Elizabeth, namun selepas kenaikan takhta Raja James I pada 1603, beliau diberikan gelaran kehormatan oleh raja tersebut. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Baron Verulam di 1618[4] dan Viscount St. Alban di 1621.[4][lower-alpha 1] Kerana beliau tidak berwaris, kedua-dua gelaran ini terhapus saat kematiannya pada 1626, berusia 65 tahun. Bacon meninggal kerana paru-paru berair, dengan satu catatan John Aubrey menyatakan bahawa beliau dijangkiti penyakit tersebut ketika mempelajari kesan proses pembekuan pada penyimpanan daging. Beliau disemadikan di Gereja Santo Michael, Gereja, St Albans, Hertfordshire.[5]