Francisco_Sagasti
Francisco_Sagasti

Francisco_Sagasti

Francisco Rafael Sagasti Hochhausler (lahir 10 Oktober 1944)[1] ialah seorang jurutera, penasihat ekonomi dan ahli politik Peru. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru sejak 17 November 2020 tidak lama selepas pendahulunya Manuel Merino meletakkan jawatan beliau berikutan tunjuk perasaan besar-besaran.Beliau sebelum ini merupakan penasihat ekonomi untuk banyak badan kewangan antarabangsa termasuk Bank Dunia[2] dan Forum Ekonomi Dunia. Beliau mengasaskan Parti Ungu bersama Julio Guzmán pada tahun 2016.[3]