Frank_Lloyd_Wright
Frank_Lloyd_Wright

Frank_Lloyd_Wright

Frank Lloyd Wright (lahir Frank Lincoln Wright, 8 Jun 1867 – 9 April 1959) merupakan seorang arkitek Amerika Syarikat, penghias dalaman, penulis dan pendidik, yang mereka lebih daripada 1,000 struktur dan menyiapkan 500 karya. Frank Lloyd Wright percaya pada struktur rekaan yang berharmoni dengan kemanusiaan dan persekitarannya, falsafah yang dipanggilnya sebagai seni bina organik. Falsafah ini merupakan contoh terbaik oleh rekaannya untuk Fallingwater (1935), yang dipanggil "karya terbaik sepanjang masa seni bina Amerika".[1] Beliau merupakan ketua pergerakan Prairie School dalam seni bina , dan memajukan konsep rumah Usonia, visi uniknya untuk pembangunan bandar di Amerika Syarikat.