François_Hollande
François_Hollande

François_Hollande

François Gérard Georges Nicolas Hollande (Sebutan bahasa Perancis: [fʁɑ̃swa ɔlɑ̃d]; lahir 12 Ogos 1954) ialah Presiden Perancis ke-24 dari tahun 2012 hingga 2017. Beliau merupakan bekas anggota Perhimpunan Kebangsaan Perancis mewakili Corrèze sejak 1997 sehingga 2012, dan pernah menjadi ketua Parti Sosialis antara 1997 dan 2008. Beliau juga merupakan datuk bandar Tulle dari 2001 hingga 2008, dan presiden Majlis Am Corrèze dari 2008 hingga 2012. Beliau terpilih menjadi Presiden Perancis pada 6 Mei 2012, setelah mengalahkan penyandang jawatan Nicolas Sarkozy.[1][2]