Freedom_House
Freedom_House

Freedom_House

Freedom House merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung yang berpusat di Washington, D.C. dengan pejabat cabang di berbagai negara. Pertubuhan ini bertujuan untuk mempromosikan kebebasan di seluruh dunia melalui sistem demokrasi.Ditubuhkan oleh Wendell Willkie, Eleanor Roosevelt, George Field, Dorothy Thompson, Herbert Bayard Swope, dan lain-lain pada 1941, mereka mulanya bergabung untuk menentang fahaman Nazi. Pada tahun 1940-an, Freedom House mendukung Pelan Marshall dan penubuhan NATO. Freedom House juga mengkritik fahaman McCarthyisme. Pada dekad 1950-an dan 1960-an, mereka mendukung gerakan hak asasi manusia di Amerika Syarikat. Freedom House dibiayai oleh berbagai yayasan, di antaranya Lynde and Harry Bradley Foundation, Sarah Scaife Foundation, dan Soros Foundation. Selain itu mereka juga mendapat wang daripada pemerintah Amerika Syarikat melalui National Endowment for Democracy, USAID, dan State Department.