Friends_(siri_TV)

Friends merupakan sebuah sitkom televisyen Amerika Syarikat yang dicipta oleh David Crane dan Marta Kauffman. Ia bersiaran dari 22 September 1994 sehingga 6 Mei 2006 menerusi NBC selama sepuluh musim. Menampilkan Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer sebagai pelakon tetap, ia berkisarkan enam orang rakan berusia di antara 20-an hingga 30-an yang tinggal di Manhattan. Siri ini telah diterbitkan oleh Bright/Kauffman/Crane Productions, bersama-sama dengan Warner Bros. Television. Penerbit eksekutif asal pula adalah Kevin S. Bright, Marta Kauffman, and David Crane.Kauffman dan Crane mula mencipta Friends di bawah judul Insomnia Cafe di antara November dan Disember 1993. Mereka telah mempersembahkan idea tersebut kepada Bright, sebelum kepada NBC. Setelah beberapa pembaikian dan perubahan skrip dilakukan, termasuk menukar tajuk kepada Six of One,[1] dan, Friends Like Us, siri ini akhirnya dinamakan sebagai Friends.[2]Pengambaran dilakukan di Studio Warner Bros. di Burbank, California. Rancangan ini menjadi siri nombor satu semasa musim kelapan. Musim kesepuluh yang juga musim terakhir menyaksiakan ia ditonton oleh kira-kira 52.5 juta penonton di Amerika Syarikat, menjadikan ia siri kelima paling ramai ditonton ketika musim terakhir dalam sejarah dunia penyiaran televisyen,[3][4][5] dan episod paling ramai ditonton sepanjang dekad 2000-an.[6][7]Friends menerima penghargaan sepanjang masa, menjadi salah satu rancangan televisyen paling popular sepanjang masa.[8] Siri ini pernah dicalonkan untuk 62 Primetime Emmy Award dan memenangi Siri Komedi Terbaik pada tahun 2002 untuk musim kelapan. Rancangan ini disenaraikan di tangga ke-21 dalam TV Guide's 50 Greatest TV Shows of All Time,[9] and no. 7 on Empire magazine's The 50 Greatest TV Shows of All Time.[10][11] Pada tahun 1997, episod "The One with the Prom Video" disenaraikan dalam TV Guide's 100 Greatest Episodes of All-Time.[12] Pada tahun 2013, Friends menduduki tangga ke-24 dalam Writers Guild of America's 101 Best Written TV Series of All Time,[13] dan tangga ke-28 dalam TV Guide's 60 Best TV Series of All Time.[14]

Friends_(siri_TV)

Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Warner Bros. Television Distribution
Penerbit eksekutif David Crane
Marta Kauffman
Kevin S. Bright
Michael Borkow (musim 4)
Michael Curtis (musim 5)
Adam Chase (musim 5–6)
Greg Malins (musim 5–7)
Wil Calhoun (musim 7)
Scott Silveri (musim 8–10)
Shana Goldberg-Meehan (musim 8–10)
Andrew Reich (musim 8–10)
Ted Cohen (musim 8–10)
Lagu pembukaan "I'll Be There for You"
by The Rembrandts
Pemasangan kamera Multi-kamera
Format gambar 480i (4:3 SDTV) (siaran asal)
1080p (16:9 HDTV) (2012 remaster)
Format audio Dolby Surround 2.0 (siaran asal)
Dolby Digital 5.1 (2012 remaster)
Penggubah lagu tema Michael Skloff
Allee Willis
Syarikat penerbitan Bright/Kauffman/Crane Productions
Warner Bros. Television
Tempoh siaran 20–22 minit(per episod)
22–65 minit(TV antarabangsa & DVD)
Siaran asal 22 September 1994 (1994-09-22) – Mei 6, 2004 (2004-05-06)
Pencipta David Crane
Marta Kauffman
Bilangan episod 236
Dibintangi oleh Jennifer Aniston
Courteney Cox
Lisa Kudrow
Matt LeBlanc
Matthew Perry
David Schwimmer
Genre Sitkom
Bilangan musim 10
Saluran asal NBC

Rujukan

WikiPedia: Friends_(siri_TV) http://www.avclub.com/article/how-friends-changed-... http://www.cbsnews.com/stories/2002/04/26/entertai... http://articles.chicagotribune.com/2009-12-04/ente... http://www.empireonline.com/50greatesttv/default.a... http://www.etonline.com/tv/144979_10_Most_Watched_... http://abcnews.go.com/blogs/entertainment/2012/04/... http://www.huffingtonpost.com/natalie-kalin/top-te... http://www.imdb.com/title/tt0108778/ http://www.listal.com/list/empire-magazines-50-gre... http://mentalfloss.com/article/24673/10-most-watch...