Frigat_kelas_De_Zeven_Provinciën
Frigat_kelas_De_Zeven_Provinciën

Frigat_kelas_De_Zeven_Provinciën

Frigat kelas De Zeven Provinciën adalah sebuah frigat arahan dan pertahanan udara termaju dalam perkhidmatan Koninklijke Marine (Tentera Laut Diraja Belanda). Kelas kapal ini juga dikenali sebagai LCF (Luchtverdedigings- en commandofregat, frigat arahan dan pertahanan udara). Kapal ini menyerupai frigat kelas Sachsen milik Jerman dari segi peranan dan misi. Semasa latihan keupayaan di peringkat antarabangsa, sut penderia dan pelantar persenjataan kapal ini telah membuktikan kecemerlangannya dan 'terbaik dalam kelas'. Penggelasan kapal ini sebagai sebuah frigat bergantung pada perdebatan berkenaan keupayaannya, di mana kapal-kapal sebegini dalam armada tentera laut lain akan dikelaskan sebagai kapal pemusnah.