Frigat_kelas_Sachsen
Frigat_kelas_Sachsen

Frigat_kelas_Sachsen

F124 kelas-Sachsen adalah sebuah kelas frigat pertahanan udara terkini dalam Tentera Laut Jerman. Rekabentuk frigat kelas-Sachsen adalah berdasarkan pada F123 Brandenburg dengan ciri-ciri halimunan termaju untuk mengelirukan radar dan penderia bunyi pihak musuh. Kelas ini menggabungkan radar pelbagai fungsi APAR dan jarak jauh SMART-L yang canggih yang diwar-warkan mampu untuk mengesan pesawat dan peluru berpandu halimunan.Meskipun dikelaskan sebagai sebuah frigat, kemampuannya adalah setara dengan kapal pemusnah dari segi saiz dan keupayaan yang mana bertujuan untuk mengantikan kapal kelas Lütjens. Ia menyerupai kelas De Zeven Provinciën milik Belanda, di mana kedua-duanya direka berdasarkan sistem peperangan anti udara berdasarkan radar APAR dan SMART-L selain pertahanan kawasan SM-2 Block IIIA dan pertahanan titik dengan peluru berpandu permukaan ke udara Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM).Kerajaan Jerman telah menganugerahkan kontrak untuk membina tiga buah kapal pada bulan Jun 1996 dengan pilihan kapal keempat yang diberi nama Thüringen, tetapi pilihan untuk kapal keempat ini tidak digunakan. Pada harga €2.1 bilion untuk tiga buah kapal, kelas ini menjadi salah satu program pembinaan kapal termahal untuk Tentera Laut Jerman.