Rekabentuk Frigat_kelas_Sachsen

Selepas penyatuan Jerman pada tahun 1990 ekoran tamatnya Perang Dingin, Tentera Laut Jerman meneruskan program pembinaan untuk bekas Bundesmarine (Tentera Laut Persekutuan), yang mana menjangkakan sebuah armada berpusatkan pada kapal frigat dan pemusnah. Kelas Sachsen merupakan kumpulan frigat kedua yang akan dibina selepas era penyatuan, selepas frigat kelas-Brandenburg dibaringkan pada awal 1990-an. Tiga buah kapal kelas Sachsen telah dipesan untuk mengantikan pemusnah kelas-Lütjens yang telah berusia lebih daripada 30 tahun.[1]