Frigat_kelas_TF2000

Frigat kelas TF-2000 adalah sebuah frigat peperangan anti udara yang kini dibangunkan oleh Institut Tentera Laut Turki. Frigat ini akan memberi kelebihan ikhtiar hidup sekiranya ada ancaman udara dan juga memberi sokongan kepada misi-misi seperti arahan, kawalan dan komunikasi, pengawasan, amaran awal, peperangan permukaan, peperangan anti-kapal selam dan peperangan elektronik. Pada 5 Disember 2007, Jawatankuasa Ekskutif Industri Pertahanan meluluskan rancangan untuk membina enam buah kapal bagi kelas ini (4 buah pesanan sah dengan 2 buah pilihan).[6] Pada Januari 2013, Turki mengumumkan ia merancang untuk memperolehi 8 buah frigat TF-2000.[2] Apabila projek ini dimulakan, ia kemudian memasukan keupayaan peperangan anti-udara ke dalam Tentera Laut Turki.[7]