Fursuit
Fursuit

Fursuit

Fursuit ("sut bulu") ialah kostum haiwan yang diperbuat daripada pelbagai bahan. Kostum ini adalah pelbagai daripada ekor dan telinga ringkas hingga kostum lengkap yang disejukkan dengan kipas berkuasakan bateri. Fursuit boleh dipakai untuk kenikmatan peribadi, pekerjaan atau amal jariah.Istilah "fursuit" dipercayai dicipta pada 1993 oleh Robert King[1] dan juga boleh merujuk kostum maskot haiwan pada am, bertentangan dengan maskot manusia atau objek tidak bernyawa. Fursuit juga telah ditonjolkan dalam medium visual sebagai tirai latar atau sebagai sebahagian daripada tema memusat.Fursuit berkaitan dengan furry fandom, sebuah fandom yang khas untuk watak haiwan antropomorfik kerana, serupa dengan sut maskot, ini membolehkan pemakai untuk menerima pakai keperibadian lain semasa berkostum. Fursuit biasanya dijual di konvensyen, atau secara dalam talian dengan tempahan atau lelong.[2][3] Oleh sebab sifat lembutnya, pakaian ini memerlukan pengedalian khas semasa dibasuh. Fursuit boleh dibandingkan dengan watak berkostum dan serupa pembinaanya dengan maskot dan watak walkaround yang digunakan oleh taman tema dan pertunjukan pentas. Konsep ini juga serupa dengan cosplay, sungguhpun cosplay berfokus pada budaya Jepun.[4]