Gabenor_Borneo_Utara

Gabenor Borneo Utara ialah ketua kerajaan Borneo Utara yang dilantik.Pada mulanya Gabenor telah dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran protektorat. Apabila Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan Mahkota pada tahun 1946, setelah Perang Dunia Kedua, Gabenor Borneo Utara British menjadi orang yang dilantik oleh Mahkota (iaitu Kerajaan United Kingdom).