Ekonomi Gabon

Gabon adalah negara yang kaya dengan barang tambang. Gabon mengeksport mangan, minyak bumi, gas alam, besi, kayu dan juga bahan lain sejak lama. Eksploitasi tambang uranium di Mounana, yang berada 90 km dari Franceville, dihentikan sejak tahun 2001 kerana datangnya pesaing baru di pasaran dunia. Berkembangnya eksploitasi uranium tetap berlangsung hingga kini. Sejak tahun 1980-an, kereta api Franceville-Libreville mengeksport mineral tambang seperti mangan, uranium, dan besi yang berada di Moanda. Cadangan besi di BĂ©linga yang berada di timur laut Makokou masih belum dieksploitasi. Eksploitasinya diharapkan dapat direalisasikan pada tahun 2012.

Pendapatan minyak bumi, yang menjadi penting sejak tahun 1970-an, namun hanya sebahagian yang digunakan untuk pemodenan negara dan mendiversifikasi ekonomi Gabon. Kenyataannya, hanya sedikit penduduk yang menikmati kekayaan Gabon, sehingga taraf hidup kebanyakan penduduknya tetap sederhana walaupun KDNK relatif tinggi. Hidrokarbon menyumbang separuh KDNK.