Gagasan_Rakyat_Sarawak

Gagasan Rakyat Sarawak (atau lebih dikenali sebagai GAGASAN) merupakan sebuah gabungan parti politik tempatan Sarawak yang baharu dan akan didaftarkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Gabungan parti politik ini ditubuhkan hasil kerjasama antara tiga parti politik tempatan utama di Sarawak, iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR). [1]Selain daripada itu, dijangka banyak lagi parti politik tempatan lain akan menyertai GAGASAN, termasuk penyertaan dua parti politik tempatan Sarawak iaitu Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB). [2]