Galderma

Galderma S.A. adalah suatu syarikat farmaseutikal Swiss dengan kepakaran dalam rawatan dermatologi dan produk penjagaan kulit. Dahulunya merupakan anak syarikat L'Oréal dan Nestlé, Galderma telah dipegang oleh konsortium pelabur institusi swasta sejak 2019.[2]Galderma telah dibentuk pada tahun 1981 oleh usaha niaga bersama di antara Nestlé dan L'Oréal, yang kemudiannya menjadi anak syarikat Nestlé.[3] Sejak 2019, syarikat itu dimiliki oleh konsortium. Gelderma yang diketuai oleh presiden dan ketua pegawai eksekutif Flemming Ørnskov, mempunyai kehadiran di lebih daripada 90 buah negara[4] dengan rangakan pengedar dan menggaji lebih daripada 4.6 ribu orang di seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Zug, Switzerland.