Sejarah Galilee

Zaman Purba dan Antik

Zaman Pertengahan

Zaman Khilafah Utmaniyyah

Wilayah Vilayet Beirut Uthmaniyyah, termasuk Galilee

Populasi Yahudi di Galilee meningkat dengan mendadak berikutan pengusiran mereka daripada Sepanyol dan kedatangan yang dialu-alukan oleh empayar Uthmaniyyah. Komuniti ini menjadikan Safed sebagai sebuah pusat menenun dan mengeluarkan pakaian antarabangsa, selain menjadi tapak utama bagi pembelajaran Yahudi.[1] Hari ini, Galilee masih menjadi salah sebuah daripada empat kota suci Yahudi dan pusat kabbalah.

Pada pertengahan kurun ke-18, Galilee telah tersepit ditengah-tengah pertikaian antara pemimpin Arab, Zahir al-Umar dengan pihak berkuasa Uthmaniyyah yang berpusat di Damsyik. Zahir memerintah Galilee selama 25 tahun sehingga seorang penyokong Uthmaniyyah, Jezzar Pasha berjaya menakluk wilayah ini pada tahun 1775.

Pada tahun 1831, Galilee yang mana merupakan sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah, bertukar tangan dari bawah kekuasaan Uthmaniyyah kepada Ibrahim Pasha dari Mesir sehingga tahun 1840. Semasa tempoh ini, polisi-polisi agresif sosial dan politik telah diperkenalkan, yang mana menyebabkan pemerontakkan Arab 1834. Semasa tempoh pemberontakkan ini, populasi komuniti Yahudi menurun dengan mendadak, ekoran kejadian Perompakan Safed oleh para pemberontak. Pemberontak Arab akhirnya berjaya mengalahkan tentera Mesir. Walau bagaimanapun pada tahun 1838, puak Druze di Galilee melakukan satu lagi pemberontakkan. Pada tahun 1834 dan 1837, gempa bumi yang besar meranapkan hampir keseluruhan bandar dan mengorbankan ramai nyawa. Pada tahun 1866, hospital pertama Galilee, Hospital Nazareth, telah dibina diketuai oleh pendakwah Amerika-Armenia Dr. Kaloost Vartan, dibantu oleh pendakwah Jerman John Zeller.

Pada awal kurun ke-20, Galilee kekal sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah. Ia ditadbir sebagai wilayah paling selatan dalam Vilayet Beirut (diwujudkan pada tahun 1888).

Pentadbiran British dan pemerintahan Israel