Plot Gangsterock_Kasi_Sengat

Shake (Soffi Jikan), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua Rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers. Shake mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo (Apek ) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah Rockers bersatu?