Ganoderma
Ganoderma

Ganoderma

Ganoderma merupakan genus bagi cendawan polypore yang tumbuh pada pokok, dan merangkumi sekitar 80 spesies, kebanyakan darinya dari kawasan tropikal.[1] Oleh kerana penggunaannya yang meluas dalam perubatan tradisional Asia, dan potensinya dalam bioremediasi, ia adalah genus sangat penting dari segi ekonomi. Ganoderma boleh dibezakan daripada polypores lain kerana ia mempunyai dinding basidiospora berkembar. Mereka popular disebut sebagai cendawan rak atau kulat ambal ("bracket fungus").