Gansurai

Kampung Gansurai terletak 15 batu dari pekan Kota Belud, Sabah. Populasi pada tahun 2010 adalah 570 orang yang diduduki kaum Dusun. Perjalanan menggunakan kereta memakan masa 1 jam memandangkan jalanraya berturap hanya sekitar 10 batu dan selebihnya jalan gravel.Aktiviti ekonomi utama adalah pertanian seperti padi huma, getah dan sayur-sayuran. Kraftangan seperti bakul rotan, bola takraw rotan dan kraftangan buluh.Tarikan utama kepada pelawat luar adalah sikap mesra penduduk dan alam sekitar yang masih terpelihara seperti hutan hujan gunung Nopungguk.