Garda_Síochána

An Garda Síochána (Templat:IPA-ga atau [en gar-da syi-kha-ne]; "Penjaga Keamanan"), lebih sering disebut sebagai Gardaí ([ˈɡaːɾˠdˠiː] "Penjaga") merupakan perkhidmatan polis Republik Ireland. Badan ini diketuai oleh seorang Komisioner lantikan Pemerintah Ireland. Markas badan ini terletak di Pheonix Park, Dublin.Lebih dari tiga perempat tenaga kerja polis ini tidak bersenjata api secara rutinnya.[1] Setakat 2016, terdapat kira-kira 13,000 orang anggota yang bersumpah, 2,000 kakitangan awam dan 700 orang anggota simpanan. Garda Síochána dibahagikan tugasannya kepada enam kawasan geografi: Timur, Utara, Selatan, Tenggara, Barat dan Dublin Metropolitan.[2]Pasukan ini bertanggungjawab menjejak dan mencegah kegiatan jenayah, menjaga keselamatan jalan raya serta juga pengawalan diplomatik, saksi dan pemerhatian keselamatan sempadan.Badan ini dibentuk (asalnya dengan nama Inggeris iaitu Civil Guard) oleh Pemerintah Sementara Negara Bebas Ireland pada Februari 1922 untuk mengambil alih tanggungjawab hal-ehwal polis yang belum penuh dalam negara tersebut daripada Kekonstabelan Diraja Ireland dan Polis Republik Ireland dari 1919-22. [3]