Penemuan Garis-garis_Fraunhofer

Pada tahun 1802, seorang ahli kimia England bernama William Hyde Wollaston telah menjadi orang pertama yang sedar akan kewujudan beberapa bahagian gelap di dalam spektrum suria.[1] Pada tahun 1814, Fraunhofer secara sendirinya telah menemui semula garis-garis ini dan memulakan kajian secara sistematik dan mengukur panjang-panjang gelombang ciri-ciri ini dengan teliti. Keseluruhannya, beliau telah memetakan lebih 570 garisan dan memberikan nama kepada ciri-ciri gelap utama dengan huruf A hingga K, sementara garis-garis yang lebih nipis atau pudar diberikan huruf-huruf lain.[2][3] Pemerhatian moden cahaya matahari boleh mengesan beribu-ribu garisan sebegini.

Kira-kira 45 tahun kemudian, Kirchhoff dan Bunsen[4] mendapati bahawa sesetengah garis Fraunhofer adalah sama dengan garis-garis serapan tertentu yang dikenalpasti di dalam spektrum-spektrum unsur-unsur yang dipanaskan.[5] Ia telah disimpulkan dengan tepat bahawa garis-garis gelap di dalam spektrum suria terhasil daripada penyerapan oleh unsur-unsur kimia di dalam atmosfera Matahari.[6] Sesetengah ciri yang dicerap telah dikenal pasti sebagai garis-garis telurik yang datang daripada penyerapan oleh molekul oksigen di dalam atmosfera Bumi.