Media Gary Vaynerchuk

Planet of the Apps

Pada bulan Februari 2017, Apple dan Propagate mengumumkan pelancaran Planet of the Apps, sebuah siri realititelevisyen dengan barisan pelakon yang berulang termasuk Vaynerchuk, will.i.am dan Gwyneth Paltrow.[29]Dihuraikan sebagai Shark Tank bertemu American Idol, dalam rancangan tersebut Vaynerchuk dan pasukannya menilai cadangan daripada pembangun aplikasi yang berebut untuk melabur. Barisan pelakon dalam siri ini menyertai Product Hunt dalam rombongan ke Austin, San Francisco, Los Angeles dan New York.[30][31]

DailyVee

DailyVee merupakan satu siri dokumentari video harian di YouTube yang menceritakan tentang kehidupan Vaynerchuk sebagai seorang bapa, ahli perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif.Bermula pada tahun 2015, Vaynerchuk membuat rakaman secara langsung, menemu duga orang lain dan menyiarkan mesyuarat pelabur serta sesi strategi di VaynerMedia.[32]Dalam siri ini Vaynerchuk melaksanakan strategi media sosial, terutamanya melalui Snapchatuntuk mendemonstrasikan pemasaran media sosial.[33]

The #AskGaryVee Show

Pada tahun 2014, Vaynerchuk melancarkan The #AskGaryVee Show diYouTube,bersama pasukan penerbitan kandungan peribadinya. Dalam rancangan tersebut, Vaynerchuk memancing soalan-soalan dari Twitter danInstagramdan menjawab dengan cara istimewa dan spontan.[34]Soalan-soalan dalam rancangan ini yang kebiasaannya tentang topic keusahawanan, keluarga dan perniagaan yang disaring terlebih dahulu oleh pasukan penerbitan tetapi tidak dilihat oleh Vaynerchuk sehingga rakaman rancangan dibuat. AskGaryVee Show menjadi inspirasi bagi buku keempat Vaynerchuk, AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness.[35]

Wine Library TV

New Media Expo 2008
Kiri: bersama iJustine & Leo Laporte; Kanan: bersama Ben Parr, Ezarik, et al.

Vaynerchuk menjadi hos dalam sebuah blog video di Youtube yang dikenali sebagaiWine Library TV (WLTV atauThe Thunder Show) dari tahun 2006 hingga 2011 yang memaparkan ulasan, mencuba rasa serta nasihat tentang wain.. Rancangan ini mula disiarkan pada bulan Februari 2006 dan diterbitkan setiap hari di kedai Wine Library di Springfield, New Jersey.[36] Vaynerchuk muncul pada muka hadapan Majalah Mutineer keluaran bulan Disember 2008 dan melancarkan siri "Mutineer Interview"..[37]Tetamu selebriti yang diundang termasuk Jancis Robinson, Heidi Barrett, Kevin Rose, Timothy Ferriss, Jim Cramer yang terkenal dalam rancangan Mad Money di saluran CNBC, Wayne Gretzky dan Dick Vermeil.[38]

Dengan terbitnya 1,000 episod pada tahun 2011, Vaynerchuk menamatkan rancangan ini dan menggantikannya dengan siaran podcast video, The Daily Grape.Pada Ogos 2011, Vaynerchuk membuat pengumuman di Daily Grape tentang persaraannya dari menghasilkan blog video tentang wain.[39][40]

Wine & Web

Pada2010, Vaynerchuk melancarkan Wine & Web di radio satelit Sirius XM. Susunan rancangan ini memaparkan pasangan percubaan rasa wain baharu dalam segmen“Wine of the Week” dengan liputan tentang peralatan,aliran dan perniagaan yang baru dimulakan dalam segmen “Web of the Week”.[41]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Gary Vaynerchuk http://adage.com/article/agency-news/vimeo-vaynerm... http://adage.com/article/special-report-agency-ali... http://www.adweek.com/digital/gary-vaynerchuk-radi... http://www.adweek.com/lostremote/jesse-redniss-dav... http://www.bizjournals.com/newyork/news/2017/01/25... http://www.businessinsider.com/apples-planet-of-th... http://www.businessinsider.com/gary-vaynerchuk-is-... http://www.cbsnews.com/8301-505125_162-37441480/bo... http://www.cnbc.com/2016/03/29/cnbcs-follow-the-le... http://www.crainsnewyork.com/40under40/Vaynerchuk