Uniform Gatas_Brilhantes_H.P.

Pakaian uniform rasmi Gatas adalah berwarna oren dengan warna putih (jalur dan tulisan). Semua anggota Morning Musume memakai jersi ini untuk Go Girl ~Koi no Victory~ PV. Pasukan ini juga mempunyai jersi kedua berwarna biru muda tetapi tidak dipakai selalu, tetapi baru - baru ini jersi ini dipakai ketika berada di kem latihan pada bulan Jun. Penjaga gol Konno Asami dan Tsuji Nozomi memakai jersi merah yang baru untuk kem itu. Serta, jersi ketiga yang dipakai ketika di kem itu pada 2 Julai 2005. Untuk kem ini juga mereka memakai uniform berwarna merah jambu muda.

Pada penghujung bulan Julai 2005 warna uniform itu sudah ditukar dari oren ke warna hitam, penjaga gol pula memakai uniform yang berwarna biru dan oren. Ia bersilih ganti dengan hitam bersama oren, dan penjaga gol pula memakai uniform berwarna perak bersama oren. Dengan penukaran uniform ini juga, pasukan ini tidak meletakkan nama pasukan pada bahagian depan baju, tetapi ditukarkan kepada nama penaja, iaitu Skylark Group.