Kerjaya Gayatri_Su-Lin_Pillai

Ketika berumur 33 tahun, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Admin Instructive Executive bersama Astro sejak Disember 1996. Beliau juga mendapat didikan daripada Dr. D. B. Nihalsingha. Beliau memegang jawatan Pengurus Penerbitan untuk filem perdana Astro Shaw, "Nafas Cinta" pada tahun 1999. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat ke Penerbit Langsung sewaktu menjayakan filem KL Menjerit. Pada tahun 2002, beliau ditawarkan ke Penerbit Eksekutif dan Penerbit Senior. Seterusnya, pada Mac 2003, beliau dilantik sebagai Penerbit Eksekutif Senior. Kini, beliau memegang jawatan Pengurus Besar dan Penerbit Eksekutif Senior untuk Tayangan Unggul Sdn. Bhd.[1]