Gema_Gegar_Vaganza_(musim_2)

Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) bagi musim yang kedua bermula 31 Mac 2018 - 12 Mei 2018 dan disiarkan pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di rancangan Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).Gema Gegar Vaganza 2 adalah pembaharuan dilaksanakan Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini dan memastikan GGV2 ini menepati syariat dengan memantau pengisian rancangan terbabit supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak serta dapat menarik penonton baharu.