Trivia Gema_Gegar_Vaganza_(musim_2)

Antara peserta kumpulan yang bertanding ialah Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah dan Heliza & Hazwani (pasangan duo) manakala peserta solo adalah Fitri Haris dan Adeep Nahar.

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan pada setiap minggu.

Siti Nordiana dan pelakon Fikry Ibrahim masih dikekalkan sebagai pengacara dan turut diberi kepercayaan mengacara bersama iaitu Fakhrul daripada kumpulan UNIC.

“Selain itu, kami juga memperkenalkan seorang lagi pengacara baharu yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikri iaitu Fakhrul UNIC.

“Fakhrul berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi juga pengacaraan di mana dia juga merupakan pengacara program terbitan Astro Oasis, Bismillah Ad-Duha,” ujarnya.