Gempa_bumi_Turki_2010
Gempa_bumi_Turki_2010

Gempa_bumi_Turki_2010

Gempa bumi Turki 2010 ialah gempa bumi 6.1 Mw yang berlaku pada 8 Mac 2010 jam 02:32 UTC (04:32 waktu tempatan).[2][3][4][1] Pusat gempa ini terletak di Başyurt di wilayah Elâzığ, di barat Turki. Laporan awal media menyatakan seramai 57 orang terbunuh.[4] Namun dua hari kemudian angka disemak semula menjadi 42.[5] [6] 74 lagi cedera, termasuk kerana jatuh atau melompat dari bangunan.[7][8]Gempa bumi ini berlaku antara plat Anatolia dan Plat Arab. Kerosakan teruk berlaku di tiga desa: Okçular, Yukari Kanatlı dan Kayalı. Pusat Seismologi Kandilli melaporkan 100 gempa susulan turut berlaku pada kekuatan 5.5 pada 07:47:40 UTC. Kawasan itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.

Rujukan

WikiPedia: Gempa_bumi_Turki_2010 http://www.news.com.au/world/death-toll-from-turki... http://news.smh.com.au/breaking-news-world/strong-... http://www.aktifhaber.com/news_detail.php?id=27687... http://www.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/03/07/turkey... http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eqinthenews... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://english.aljazeera.net/news/europe/2010/03/2... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=G... http://arama.hurriyet.com.tr/arsivnews.aspx?id=140... http://www.koeri.boun.edu.tr/sismo/map/en/20100308...