Sejarah Gentian_optik

Tesis PhD Charles Kao pada tahun 1966 menganggarkan bahawa gentian kaca memerlukan atenuasi kurang daripada 20 dB per kilometer bagi menjadikannya berguna untuk perhubungan jarak jauh. Gentian optik berguna yang pertama telah direka pada tahun 1970 oleh para penyelidik Maurer, Keck, Schultz dan Zimar yang bekerja di bawah syarikat pembuat kaca Amerika Corning Glass Works. Mereka menghasilkan gentian yang mempunyai attenuasi optik per kilometer sebanyak 17 dB, dengan mendopkan kaca silika dengan titanium.

Telefon kabel merentasi lautan Atlantik yang diperbuat daripada gentian optik yang pertama adalah TAT-8, yang mula beroperasi pada tahun 1988.