Sejarah Genting_Gaza

Kebangkitan Hamas

Pada Ogos tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israil ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.

Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman pada jalur Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.

Pada Januari 2006, pihak Palestin, dengan sokongan pentadbiran Bush, mengadakan pilihan raya legislaf. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.

pentadbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.[2]

Abbas kemudiannya mengistihar Hamas sebagai pergerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.[3]

Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap Israel.

Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008. [4]Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai objektif mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap Israel.

Rujukan

WikiPedia: Genting_Gaza //scholar.google.com/scholar?q=%22Genting+Gaza%22 //www.google.com/search?&q=%22Genting+Gaza%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Genti... //www.google.com/search?q=%22Genting+Gaza%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Genting+Gaz... http://www.mcclatchydc.com/homepage/story/60553.ht... http://www.mcclatchydc.com/world/story/58812.html http://www.mcclatchydc.com/world/story/59013.html http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://www.cia.gov/library/publications/the-world...