Tektonik Geologi_Semenanjung_Malaysia

Secara tektonik, Semenanjung Malaysia ialah sebahagian daripada Plat Sunda yang membentuk struktur gunung lipat yang bersambung dari timur Burma hingga ke Thailand di bahagian arah utara dan menganjur ke Kepulauan Banka dan Belitung di timur hingga ke barat Borneo.

Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada 3 jalur utama berdasarkan sejarah geologi pembentukan dan jujukan litologi yang wujud, iaitu

  1. Jalur Barat Semenanjung Malaysia - sebahagian daripada blok Sibumasu yang berasal daripada superbenua Gondwana.
  2. Jalur Tengah Semenanjung Malaysia
  3. Jalur Timur Semenanjung Malaysia

Ketiga-tiga jalur ini dipisahkan oleh Garis Sutura Bentong-Raub yang menganjur dari Rantau Panjang, Kelantan di utara hingga ke Muar, Johor di selatan.