George_Anthony_Ginibun

Datuk George Anthony Ginibun (lahir pada tahun 1942) merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah yang dilantik pada tahun 2018 selepas Ahmad Abdul Rahman dan merupakan pemimpin dari Parti Warisan Sabah.[1]Sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah,[2] beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Sabah Credit Cooperation. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian Negeri Sabah.[3]