Filem Gerak_Khas_(siri_filem)

Gerak Khas The Movie

Rencana utama: Gerak Khas The Movie

Gerak Khas the Movie merupakan filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Mizal Zaini, Abby Abadi, Erra Fazira, AC Mizal, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy filem yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor).Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001.

Gerak Khas The Movie II

Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos.Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Datuk Jalalludin Hassan).Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.

GK3 The Movie

Rencana utama: GK3 The Movie

GK3 The Movie merupakan sebuah filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie II. Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, Sarimah Ibrahim dan Norman Hakim.Filem ini mengisahkan Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Raymond (Faizal Hussein).Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005.

Castello

Rencana utama: Castello

Filem Castello ialah sebuah filem edaran Berjaya Film Production Sdn Bhd. Ia mula ditayangkan pada 5 Januari 2006 di seluruh pawagam di Malaysia. Genre filem ini ialah drama berbentuk jenayah. Watak utama iaitu Castello dilakonkan oleh Rosyam Nor.