Sinopsis Gerak_Khas_The_Movie_II

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.

Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.