Gerakan_arboreal
Gerakan_arboreal

Gerakan_arboreal

Gerakan arboreal ialah pergerakan haiwan di pokok. Di habitat berpokok, haiwan telah berkembang untuk bergerak di kawasan sebegitu. Sebilangan haiwan hanya bergerak di antara pokok-pokok sekali-sekala, tetapi ada yang bersifat arboreal secara mutlak. Struktur habitat ini menimbulkan banyak cabaran mekanikal kepada haiwan yang bergerak melaluinya dan membawa kepada pelbagai kesan terhadap anatomi, tingkah laku dan ekologi serta variasi spesies yang berlainan.[1] Selanjutnya, banyak prinsip serpa dapat diterapkan terhadap pendakian di kawasan selain pokok, seperti timbunan batu atau gunung.Tetrapod paling awal yang diketahui dapat menyesuaikan diri untuk memanjat pokok ialah Ascendonanus, varanopid dari zaman Cisuralian (Perm Awal), sekitar 290 juta tahun yang lalu.[2][3]