Gereja Kristian Ortodoks Koptik di
Iskandariah,
Mesir (bahasa Inggeris: Coptic Orthodox Church of Alexandria; Qibti: Ϯⲉⲕ'ⲕⲗⲏⲥⲓⲁ 'ⲛⲣⲉⲙ'ⲛⲭⲏⲙⲓ 'ⲛⲟⲣⲑⲟⲇⲟⲝⲟⲥ ti.eklyseya en.remenkimi en.orthodoxos, harfiahnya: Gereja Ortodoks Mesir) ialah nama rasmi bagi
gereja Kristian terbesar di Mesir. Gereja ini milik keluarga jemaah Kristian
Gereja Ortodoks Oriental, yang telah menjadi suatu badan gereja berbeza sejak tertubuhnya
Dewan Chalcedon pada 451 M, ketika ia mengambil kedudukan yang berbeza ke atas fahaman Kristiologi dari Gereja Ortodoks Timur dan Barat, yang ketika itu masih lagi bersatu sebagai ajaran Kristian. Perbezaan yang ketara dalam teologi ini yang menyebabkan perpecahan yang masih kuat dikalangan Mazhab Kristian lain adalah terutamanya berkaitan dengan sifat
Yesus Kristus. Dasar peraturan Gereja bermula di Mesir, tetapi ia turut diamalkan di negara-negara lain.Menurut tradisi, Gereja Ortodoks Koptik adalah bermula apabila Jemaat Kristian Iskandariah telah didirikan oleh Santo Markus (Saint Mark) yang dianggap rasul dan Injil bagi pengikut
Kristian Koptik di pertengahan abad pertama Masihi (sekitar 42 tahun selepas Masihi). [1] Kepala Imam jemaat yang juga pengintip dari Iskandariah adalah Paus dari Iskandariah (Paul of Alexandria). Manakala Imam kepala Kristian dari seluruh keluarga di Benua Afrika khususnya pada keuskupan Santo Markus, saat ini didominasikan oleh
Paus Shenouda III. Sekitar 95% dari penduduk Mesir yang beragama Kristian Koptik merupakan pemilik Gereja Ortodoks Iskandariah, [2] walaupun adanya gereja lain yang menyatakan Patriarchates dan Bapa dari Iskandariah; misalnya seperti: