Jenis Geseran

Terdapat dua jenis daya geseran, iaitu;

  • daya geseran statik
  • daya geseran kinetik

yang dibezakan antara titik-titik sentuh antara kedua-dua permukaan yang tetap atau saling berganti.

Geseran statik

Geseran statik berlaku apabila dua buah objek yang bersentuhan tidak bergerak secara relatif. Sebagai contoh, geseran statik menyebabkan sebuah objek pada satah condong tidak terjatuh. Daya geseran ini perlu diatasi sebelum sesebuah objek yang dikenakan daya boleh digerakkan. Nilai daya geseran statik maksimum yang boleh dialami sesebuah objek sebelum bergerak ialah hasil darab pekali geseran statik, μ s {\displaystyle \mu _{s}} , dan daya normal: F m a k s = μ s F n {\displaystyle F_{maks}=\mu _{\mathrm {s} }F_{n}} .

Geseran kinetik

Geseran kinetik berlaku apabila terdapat pergerakan relatif antara dua buah objek. Pekali geseran kinetik, μ k {\displaystyle \mu _{k}} lazimnya bernilai lebih rendah daripada pekali geseran statik bagi bahan yang sama.[1][2] Nilai daya gesreran kinetik yang dialami sebuah objek yang bergerak ialah hasil darab hasil darab pekali geseran kinetik dan daya normal: F m a k s = μ k F n {\displaystyle F_{maks}=\mu _{\mathrm {k} }F_{n}} .